30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP serah rumah baharu kepada warga Muallaf dan 10 keluarga kurang mampu terima bantuan PPZ Labuan

SIMBOLIK…. Dr Zulkilfi (empat dari kanan) menyerahkan kunci rumah baharu kepada Jostin (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Mohd Ajib (empat dari kiri) dan  Ahmad Saifuddin (tiga dari  kanan)

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyerahkan sebuah rumah baharu kepada seorang warga  Muallaf, Jostin Matanggal  di kampung Sungai Bedaun.

Majlis simbolik penyerahan kunci rumah bernilai lebih RM60,000 itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melalui Program Usrah  Saeedah Khaira pada Sabtu.

Jostin 53, bersama keluarga sebelum ini tinggal di sebuah rumah usang  yang tidak selamat untuk diduduki telah mendapat perhatian daripada MAIWP untuk membantu menyediakan sebuah rumah baharu  menerusi   Bantuan Asnaf  Muallaf.

TINJAU…. Dr Zulkifli  bersama Mohd Ajib dua kanan) dan  Ahmad Saifuddin (dua kiri)  (kiri sekali) ketika meninjau keadaan rumah baharu  Jostin (kiri sekali)

Dalam pada itu, Jostin bersyukur dan berterima kasih kepada MAIWP kerana  dengan adanya rumah baharu ini, mereka sekeluarga dapat tinggal dalam sebuah rumah yang lebih  selsesa sekaligus mengubah corak kehidupan mereka.

Hadir sama pada majlis itu,  Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP, Mahadi Sukarno, Pengurus MAIWP Labuan, Ahmad Saifuddin Md Tahir dan Ketua Kampung Sungai Bedaun Rosmani Puteh.

SUMBANGAN…. Dr Zulkifli menyerahkan bantuan Rezeki Bakul Khaira kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan Mohd Ajib (kanan sekali) dan Ahmad Shukri (tengah)

Sementara itu, seramai 10 buah keluarga yang kurang berkemampuan menerima bantuan  Bakul Rezeki Khaira sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Cawangan Labuan.

Majlis penyerahan bantuan berupa keperluan makanan harian bernilai RM100 serta wang tunai RM300 setiap keluarga itu disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Pejabat PPZ Labuan, pada Ahad.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif  PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Terdahulu Ahmad Shukri dalam ucapannya berkata, program Bakul Rezeki Khaira bertujuan untuk membantu golongan berkenaan mengikut keperluan masing-masing.

Selain itu katanya, PPZ-MAIWP  juga turut membantu dua buah keluarga  menerusi Program Usrah Saeedah Khaira untuk membaiki rumah keluarga berkenaan masing-masing di Kampung Sungai Bangat dan Kampung Sungai Bedaun.

“ Kedua-dua program Bakul Rezeki KHaira dan Usrah Saeedah Khaira merupakan tanggung jawab sosial korporat  PPZ-MAIWP   untuk memberikan bantuan tambahan dan motivasi kepada  golongan yang memerlukan disamping menyebarluaskan lagi dakwah zakat.

“Ia juga merupakan kesinambungan usaha PPZ-MAIWP  untuk membantu golongan yang memerlukan dalam menempuhi fasa pemulihan penularan COVID 19” katanya.


Dalam waktu yang sama, Ahmad Shukri menyeru kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan  yang layak berzakat untuk terus menunaikan zakat di PPZ-MAIWP kerana melalui zakat tersebut asnaf-asnaf di Wilayah Persekutuan dapat meneruskan kehidupan dan bangkit menjadi lebih baik.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN