ADVERTISEMENTspot_img

USIA CAWANGAN KG PASIR PUTIH PUTATAN ADAKAN JALINAN MESRA AIDILFITRI

KENANGAN ..Haji Uda (duduk tiga kanan) dan jemputan serta jemaah merakam kenangan selepas upacara itu.

PUTATAN: Pertubuhan Islam Bersatu Sabah ( USIA) Cawangan Kg Pasir Putih Putatan mengadakan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri di Dewan Kuliah Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih baru-baru ini.

Pengerusi USIA cawangan itu, Datuk Haji Uda Sulai berkata program tahunan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan silatulrahim antara penduduk di kampung itu dengan para jemaah yang sering menunaikan solat di masjid itu.

” Program seumpama ini juga memberikan peluang dan ruang untuk masyarakat terutama jemaah MNI untuk berkumpul dan bermaaf-maafan antara satu dengan yang lain,” kata bekas Pembantu Menteri Hal Ehwal Anak Negeri dan Undang-Undang itu.

HADIR….Datuk Norlijah (lima kiri) bersama Hj Uda (empat kiri) dan Hj Patin Johari (tiga kiri) merakam kenangan di majlis itu.

Uda yang juga bekas Adun Petagas berkata USIA Kg Pasir Putih juga terus membantu program dakwah dengan mengadakan ceramah bulanan di MNI setiap hujung bulan.

Menurut beliau program ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk meningkatan lagi syiar dakwah di daerah ini.

Kira-kira 200 orang menghadiri majlis ini termasuk Timbalan Mufti Sabah yang juga Pengerusi MNI, Haji Abdul Razak Hamdin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Norlijah Haji Ednin, Ketua Daerah Putatan, Datuk Haji Dahli Matsin dan Bendahari Usia, Hj Patin Johari.

Para jemaah dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan juadah untuk menjemu selera.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN