28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP serah enjin bot kepada nelayan yang hilang punca pencarian

GAMBAR: MOHD SYUKUR (kiri) menyerahkan bantuan enjin bot kepada Mustapa (dua dari kanan)

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyerahkan bantuan  perikanan membabitkan sebuah  enjin bot kepada salah sorang nelayan yang hilang punca pencarian hampir setahun selepas enjin bot  yang digunakan sebelum ini    rosak.

Majlis penyerahan ringkas bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIWP,  Ustaz Mohd Syukur Norfini kepada nelayan tersebut   Mustapa Kassim, 61 di Kampung Rancha  Rancha Laut dekat sini, pada Rabu.

Menurut Mohd Syukur, bantuan  enjin bot bernilai RM8,650.00  itu  adalah sebahagian daripada RM160,000.00 yang diperuntukan di bawah Skim Bantuan Perikanan MAIWP.

Katanya Skim Bantuan Perikanan  itu bertujuan untuk  membantu meningkatkan semula ekonomi golongan asnaf khususnya nelayan kearah yang lebih produktif.

Sementara itu, Mustafa yang terharu dan bercampur gembira selepas menerima enjin tersebut berterima kasih kepada MAIWP yang  sentiasa prihatin kepada golongan asnaf  seperti beliau.

Bagi Mustapa bantuan tersebut umpama mendapat sinar baharu untuk meneruskan kehidupan selepas setahun terpaksa berdepan dengan keperitan hidup yang tidak menentu akibat terjejas punca pencarian.

“Saya bersyukur kerana hari ini diberi peluang untuk meneruskan mencari sumber rezeki  apabila  MAIWP telah  menghulurkan bantuan enjin bot yang baharu.

“Saya berterima kasih kepada MAIWP dan juga pembayar zakat” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN