29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP peruntukan  RM88 juta wang Zakat untuk diagihkan kepada golongan asnaf Labuan

Syed Kamarulzaman menyampaikan bantuan wang zakat kepada salah sorang asnaf di balai raya Kampung Ganggarak.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP) memperuntukan RM 88 juta wang Zakat  untuk diagihkan kepada  golongan asnaf  di pulau ini.

Pengerusinya, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata,  daripada jumlah itu sebanyak RM33.4 juta diagihkan menerusi Program Kembara Kasih Madani 2024 peringkat MAIWP Labuan.

Katanya, program tersebut merupakan salah satu program turun padang MAIWP dalam melestarikan skim skim bantuan Agihan Zakat yang ditawarkan.

“Pihak MAIWP komited merancanakan pelbagai program dalam membantu golongan asnaf bukan saja dari sudut mensejahterakan kehidupan mereka  tetapi juga dalam menyediakan pelbagai program Latihan Industri dan Kursus Keusahawan dan program Agro Farming bagi membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan”, katanya kepada media selepas merasmikan Program Kembara Kasih Madani MAIWP 2024 di balai raya Kampung Ganggarak di sini, pada Ahad.

Sempena program tersebut Syed Kamarulzaman bersama rombongan MAIWP telah menyantuni murid SK Patau Patau Satu untuk menyerahkan bantuan wang zakat RM200 an bantuan peralatan sekolah yang bernilai RM 100.

Seterusnya beliau menyantuni asnaf Kampung Kilan dan Ganggarak untuk menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf.

TSelain itu, Syed Kamarulzaman juga turut menyampaikan Minyak pelincir kereta  dan kepada 130 pemandu E-hailing (Kereta) an 30 pnghantar Makanan yang diadakan di Pantai Damai Layang Layangan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MAIWP, Mohammed Hassan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, S.Roslee Matusin dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md  Fadzli Md. Saad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN