ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP peruntukan RM 58.8 juta untuk keperluan asnaf di Labuan

Syed Kamarulzaman menyerahkan cek Cura masing masing bernilai RM39 juta dan RM19.8 juta sambil diperhatikan def def jemputan yang hadir.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukan RM 58.8 juta untuk keperluan asnaf di pulau ini sepanjang tahun 2025.

Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata daripada jumlah itu sebanyak RM 39 juta diagihkan untuk Bantuan Sara Hidup bulanan dan selebihnya RM 19.8 juta bagi keperluan asas asnaf.

“Kedua dua bantuan tersebut diagihkan kepada lebih 6,000 penerima asnaf yang berdaftar dengan MAIWP Labuan” katanya ketika berucap pada Program Tautan Kasih Aidilfitri anjuran anjuran MAIWP dengan kerjasama Jabatan Pendakwaan Syariah dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang diadakan di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, Syed Kamarulzaman turut menyampaikan Anugerah Ikon Asnaf kepada  Shaelayani Mohd Hasli.

Syed Kamarulzaman menyampaikan duit raya kepada Anak anak asnaf.


Shaelayani merupakan pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan yang sebelum ini adalah penerima bantuan Zakat Pendidikan MAIWP sejak sekolah menengah sehingga ke universiti.

Selain itu, MAIWP turut mengagihkan duit raya kepada 2,000 anak asnaf membabitkan wang Zakat RM40,000.


Manakala 200 asnaf yang terpilih turut menerima cenderahati berupa satu set kelengkapan solat membabitkan peruntukan  RM 24,000.


Program yang diadakan di tapak letak kereta Medan Selera itu  dihadiri lebih 5,000 warga Labuan termasuk warga asnaf.

Pihak MAIWP telah menyediakan 35 gerai untuk juadah hari raya yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau.

 
 
 
 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN