25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP peruntukan lebih RM457, 000 untuk kecemerlangan pendidikan anak anak asnaf MAIWP Labuan.

Mohd Nizam bersama dif jemputan bergambar bersama penerima anugerah kecemerlangan dan insperasi Pendidikan MADANI MAIWP Labuan 2025.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan lebih RM457, 000.00 untuk kecemerlangan pendidikan anak anak asnaf MAIWP Labuan bagi tahun 2025.

Peruntukan itu membabitkan RM146, 500.00 bagi insentif Skim Pendidikan Nasioanal (SSPN) Prime pelajar cemerlang, manakala RM57, 800.00 diperuntukan untuk insentif galakan Hafaz Al-Quran dan RM252, 714.00 diluluskan untuk Bantuan Komputer Riba MAIWP yang akan diagihkan kepada 77 mahasiswa MAIWP Labuan.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Insperasi Pendidikan MADANI, 2025 MAIWP Labuan yang diadakan di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Ag. Marten Datuk Abdul Rahman, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Nik Azlan Nik Man dan Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Radzaleih Matusin.

Pada majlis itu seramai 60 anak anak asnaf yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksasn SPM dan STPM menerima anugerah berupa sijil dan wang tunai antara RM250 hingga RM300 serta SSPN bernilai antara RM1, 500 hingga RM2, 000.

Daripada jumlah itu, seramai 28 penerima adalah dari kalangan penerima Bantuan Am Persekolahan MAIWP, tujuh orang penerima merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama MAIWP dan tiga orang merupakan penghuni Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.

Sementara itu, seramai 28 huffaz turut menerima insentif Galakan Hafazan MAIWP bagi tahun 2025, mereka masing masing menerima antara RM500 hingga RM6,000 megikut kategori juzuk. Cik Nursyafiqah Khairudin diumum sebagai penerima Anugerah Huffaz Terbaik apabila berjaya menghafaz Al-Quran dari juzuk 1 hingga 30.

Mohd Nizam berkata MAIWP sentiasa menitik beratkan pembangunan pendidikan sebagai teras utama dalam membina generasi berilmu dan beraklak mulia.

“Pelbagai bantuan pendidikan dan keperluan telah disalurkan termasuk biasiswa dan keperluan persekolahan supaya anak anak kita dapat belajar dengan selesa tanpa terbeban dengan masalah kewangan.

” Pemberian bantuan ini juga bagi memastikan tiada anak asnaf yang tercicir daripada mendapat pendidikan yang berkualiti”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN