22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan terus bantu pesakit yang memerlukan mesin kesihatan

SERAH….. Md Fadzli menyerahjan mesin

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan terus menghulurkan bantuan mesin kesihatan kepada pesakit kronik terutamanya yang menghidap  penyakit   kesukaran bernafas seperti Obestructive Sleep Apnae (OSA) dan Chronic Lung Disease.

Pada Khamis, pasukan MAIWP yang diketuai oleh Pengurusnya, Ustaz Md Fadzli Md Saad telah menyantuni salah seorang pesakit OSA,  Norhamidah Punggut   untuk menyampaikan mesin peralatan pernafasan (mesin Oksigen) yang amat diperlukan oleh pesakit tersebut.

Mesin yang bernilai RM4,200 itu tidak mampu di beli oleh ibu bapa Norhamidah yang hanya bekerja sendiri mengendalikan gerai makan di pasar Sentral.

Norhamidah, 37 dari Kampung Durian Tunjung bukan sahaja mengalami kesukaran bernafas tetapi juga mengalami  penyakit darah tinggi, kencing manis, masalah paru-paru dan  jantung sejak beberapa tahun yang lalu.

Ustaz Md Fadzli ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan mesin kesihatan itu berkata, pihak Baitulmal MAIWP terpanggil untuk membantu Norhamidah selepas mendapat nasihat daripada pihak hospital untuk beliau mendapatkan  mesin oksigen bagi membantu  melancarkan  pernafasan Norhamidah.

“MAIWP berharap dengan bantuan mesin kesihatan  yang disalurkan ini dapat  mengurangkan  masalah dan meringankan beban pesakit yang tidak dapat bekerja sepenuhnya dan terpaksa ditanggung perbelanjaan hariannya oleh kedua-dua ibu bapa Norhamidah” katanya.

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah hasil bayaran zakat   sambil menambah sepanjang tahun ini MAIWP Labuan telah menyumbang dua unit mesin peralatan pernafasan melalui Skim Bantuan Peralatan Kesihatan bagi membantu pesakit yang memerlukan peralatan tersebut.

Turut sama Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz  Mohd Radzaleih Matusin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN