SUMBANGAN…. Md Fadli menyerahkan kopun minyak Perol dan bakul makanan kepada salah seorang rider.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP) menghulurkan bantuan melalui pemberian sumbangan minyak petrol kepada 166 Rider p-Hailing.
Pengurus MAIWP Labuan, Md Fadli Md Saad berkata, secara keseluruhannya MAIWP telah memperuntukan sebanyak RM 4,980.00 untuk diagihkan kepada rider berkenaan.
Majlis penyerahan sumbangan minyak petrol berkenaan telah diadakan di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.

BERATUR…. sebahagian rider p-Hailing beratur menunggu giliran untuk menerima kopun minyak petrol dan bakul makanan sumbangan MAIWP
Antara kumpulan Rider p-Hailing yang mendapat manfaat daripada sumbangan itu ialah Morefun, Mc Delivery, Dominus Pizza Delivery, KFC Delivery dan Pizza Hut Delivery.
Selain itu, kumpulan Rider p-Hailing turut menerima bakul makanan sumbangan MAIWP.
Pada masa yang sama syarikat QSR Brands Berhad yang menyertai program tersebut turut menyerahkan sumbangan berupa pek makanan KFC kepada riders melibatkan peruntukan bernilai RM2,300.00.