ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan serah bantuan perikanan kepada asnaf nelayan

SERAH…Ustaz Mohd Fadzli (kiri sekali) menyerahkan enjin bot kepada dua nelayan menerusi skim bantuan nelayan sambil diperhatikan Ustaz Mohd Syukur

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyerahkan bantuan perikanan membabitkan dua buah enjin bot kepada dua nelayan  tempatan  bermilai RM17,300.

Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh  Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kampung Bebuloh dekat sini pada Selasa lalu.

Dua nelayan tempatan yang menerima bantuan tersebut ialah Abdul Azis Mukti, 33, merupakan nelayan sepenuh masa  dari Kampung Bebuloh Laut menerima sebuah enjin bot bernilai RM 8,650.00.

Abdul Aziz menerima enjin bot baharu selepas enjin bot yang digunakan lebih 10 tahun rosak dan  tidak dapat di baiki, meyebabkan beliau tidak dapat turun kelaut  sejak tiga tahun lalu secara konsisten kerana terpaksa meminjam enjin bot milik abangnya.

Seorang lagi nelayan yang menerima bantuan enjin bot yang sama ialah Hazmi Bongsu, 34, merupakan nelayan sepenuh masa menanggung seorang isteri dan dua orang anak.

Beliau menerima bantuan enjin tersebut bagi menggantikan enjin bot yang rosak selepas  bot yang beliau gunakan unttuk menangkap  ikan karam dalam satu kejadian bencana dua tahun lalu.

Menurut Ustaz  Md Fadzli, kedua- dua orang nelayan yang juga merupakan asnaf menerima bantuan sebuah enjin bot jenama Tohatsu Outboard 30HP bernilai RM8,650.00 setiap satu.

Jumlah keseluruhan bantuan yang disampaikan adalah RM17,300.00.

Beliau berkata, sehingga, MAIWP Labuan mengagihkan sebanyak RM44,950.00 kepada golongan asnaf nelayan melalui Skim Bantuan Perikanan MAIWP.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan itu Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIWP Labuan, Ustaz Mohd. Syukur Norfini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN