ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan santuni Asnaf Musaadah sepanjang minggu Ramadhan dan PKP Fasa 4

SERAH… Ustaz Mohd Radzaleih (dua kanan) bersama tiga pegawai MAIWP ketika menyerahkan bantuan MAIWP Prihatin kepada salah seorang penerima.


LABUAN: Kehadiran Ramadhan 1441H tidak menghalang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuam (MAIWP) Labuan untuk terus menyalurkan bantuan kepada asnaf dan golongan yang terjejas pendapatan menerusi program MAIWP Prihatin.

Menurut Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Saifuddin Md Tahir, Program MAIWP Prihatin merupakan program turun padang untuk menyantuni dan menyampaikan barang keperluan makanan harian kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan yang terpilih.

“Selain itu, golongan yang terjejas pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 ini turut menerima bantuan berbentuk wang tunai bernilai RM500 melalui Bantuan Kecemasan Khas Covid-19.” katanya.

Beliau berkata, Program MAIWP Prihatin yang diadakan seminggu sekali sepanjang tempoh bulan Ramadhan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyasarkan empat penerima setiap minggu.

“Setakat ini MAIWP Labuan telah menyantuni 4 buah keluarga dari Kampung Sungai Buton, Kampung Lajau, Kampung Bebuloh dan Kampung Pohon Batu|” katanya.

Jelas Ustaz Saifuddin, penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan Ustaz Mohd Radzaleih Matusin dan dibantu oleh tiga pegawai MAIWP.

Sementara itu katanya, sehingga Rabu lalu, MAIWP Labuan telah mengagihkan Bantuan Kecemasan kepada 1,141 penerima yang terjejas pendapatan akibat pendamik Covid 19 dan PKP membabitkan peruntukan RM537,000.00. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN