30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan bekerjasama dengan Pejabat Pengerusi Perbadanan Labuan dalam merungkai  masalah asnaf Labuan

GAMBAR: CENDERAHATI… Bashir menerima cenderahati daripada Md Fadzli sempena Kunjungan Hormat MAIWP.

LABUAN:Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan akan terus memperkukuhkan  jalinan kerjasama khususnya dalam  merungkai masalah asnaf di pulau ini.

Demikian diberitahu oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadli  Md Saad ketika ditemui selepas mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Pengerusi Perbadanan Labuan  yang baharu, Senator Datuk Bashir Alias di pejabatnya pada Selasa.

Beliau berkata pertemuan lebih satu jam itu  merupakan platform terbaik dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama yang lebih erat antara MAIWP dengan Perbadanan Labuan khususnya Pejabat Pengerusi Perbadanan Labuan.

Dalam pertemuan itu, Md Fadli juga turut menjelaskan peranan MAIWP  dalam membantu asnaf Labuan menerusi beberapa skim yang disediakan MAIWP disamping menghulurkan bantuan segara kepada mangsa yang ditimpa musibah seperti  banjir, kebakaran rumah dan sebagainya.

Sementara itu katanya,  kerajaan  telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM65 juta bagi membina Sekolah Menengah  Agama (SMA)   MAIWP  yang pertama di Labuan.

“Sekolah berkenaan   yang terletak  di  Jalan Bebuloh Kampung Sungai Bedaun kini dalam proses penawaran tender di bawah peruntukan bajet 2022” katanya.

Hadir sama pada perjumpaan itu, Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Radzaleih Matussin serta beberapa pegawai MAIWP.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN