25 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan anjur ‘Jom Besahur Kitani’ bersama asnaf

BANTUAN…. Mohd Ajib menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada Saruji (kanan sekali) sambil diperhatikan Ustaz Md Fadzli (kiri sekali).

LABUAN:Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menganjurkan program ‘Jom Besahur Kitani’ bersama asnaf sebagai salah satu lagi usaha MAIWP  menyantuni  dan  mendekati golongan asnaf di pulau ini.

Program tersebut telah diadakan  di kediaman salah seorang asnaf terpilih   Saruji Bakar dari Kampung Tanjung Aru.

Turut sama dalam program seawal jam 3.30 pagi itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md. Fadzli Md Saad.

BERSAHUR…. Saruji (kiri) ketika bersahur bersama Mohd Ajib (dua kanan)  di kediamannya di Kampung Tanjung Aru

Sementara itu, Ustaz Md. Fadzli berkata, selain menyantuni golongan asnaf ia juga bertujuan untuk mendengar permasalahan hidup asnaf  dan menyalurkan bantuan yang bersesuaian untuk meringankan lagi kehidupan  asnaf.

“ Program ini juga memberi peluang kepada pengurusan atasan  turun padang untuk merasai bersama sama bersahur dengan keluarga asnaf dan ini sekaligus dapat menyelami perasaan dan masalah yang dihadapi oleh asnaf secara bersemuka” katanya ketika ditemui media pada program tersebut.

Pada majlis itu MAIWP juga menyerahkan bantuan  keperluan dapur  bernilai RM100 serta menyediakan keperluan bersahur untuk keluarga Saruji.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN