Tan Sri Haji Kasitah Gaddam, Bekas Menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi Malaysia- Foto: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam.
Wang itu didakwa SPRM sebagai hasil daripada aktiviti wang haram berkaitan penyelewengan dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu dalam prosiding hari ini. -BH