27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mahkamah jatuh hukum penjara 7 tahun kepada bekas menteri sukan

Kiri Syed Saddiq, bekas menteri sukan Malaysia. Kanan Iman Nahrawi bekas menteri sukan Indonesia. Bekas menteri sukan Syed Saddiq sedang disiasat kes pemilikan wang yang meragukan dan berkemungkinan berkaitan dengan penyelewengan dana.


MAHKAMAH menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Iman Nahrawi, atas kesalahan rasuah.

Bekas menteri itu didapati bersalah menerima rasuah untuk membolehkan pengeluaran geran bagi Jawatankuasa Sukan Negara (KONI) dan menerima penghargaan daripada pihak lain ketika menjawat jawatan itu.

“Mahkamah dengan ini menyatakan bahawa Imam Nahrawi didapati bersalah tanpa keraguan dalam beberapa kes rasuah,” kata Ketua Hakim Rosmina.

Nahrawi dan penolong peribadinya, Miftahul Ulum, menerima rasuah bernilai 11.5 billion rupiah (RM3,425,305) untuk membolehkan pembayaran geran yang dicadangkan KONI, selain rasuah lain berjumlah 8.4 bilion rupiah (RM2,502,052) daripada pihak lain.
Sumber: Cinca on – 6/30/2020 02:56:00 Pm

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN