ADVERTISEMENTspot_img

Madrasah Tahfiz di Kg.Sosondoton bakal runtuh

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
Admin: Johnny Gampawi

RANAU: Sebuah Madrasah Tahfiz di Kampung Sosondoton di sini berdepan risiko runtuh disebabkan gelongsoran tanah dalam skala besar yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

Pengerusi dan Pengasas Madrasah Tahfiz Miftahul’ ulum As-Sobirin, Ustaz Junaidi Tipoi Sabirin ketika dihubugi media berkata, kejadian gelongsoran diikuti runtuhan tanah itu berlaku lewat malam pada 8 Oktober lalu.

Katanya, hampir 10 ekar tanah di kawasan itu tiba-tiba menggelongsor mengakibatkan berlaku tanah runtuh yang  turut  melibatkan tapak madrasah yang menempatkan bangunan kelas, surau, asrama, dewan makan dan rumah tenaga pengajar.

Mujur dalam kejadian itu katanya, madrasah yang dibina di lereng bukit pada awal tahun 2018 dalam tapak seluas tiga ekar tidak runtuh, namun sebahagian bangunan yang diperbuat daripada konkrit itu telah mengalami kerosakan pada struktur kesan dari runtuhan.

Beliau berkata, ketika kejadian, semua penghuni termasuk pelajar seramai sembilan orang tidak berada di asrama kerana telah dipindahkan lebih awal ke rumah ke rumahnya atas nasihat beberapa pihak setelah melihat petanda akan berlaku gelongsoran tanah di kawasan itu yang khuatiri membawa kepada bencana tanah runtuh.

“Sehari sebelum berlakunya kejadian, saya telah arahkan kesemua penghuni pindah ke rumah saya yang terletak tidak jauh dari madrasah buat sementara atas faktor keselamatan.

“Seperti yang dijangka, pada malam keesokannya, sekitar jam 11.00 malam, telah berlaku gelongsoran tanah yang lebih besar dan telah mengakibat tanah runtuh  di kawasan itu termasuk tapak madrasah,” katanya.

Menurut ustaz Junaidi, kini bangunan tersebut yang dibangunkan menerusi dana sumbangan dari pelbagai pihak, tidak lagi selamat untuk digunakan kerana ianya akan runtuh menyembah bumi pada bila-bila masa.

Beliau berharap akan ada pihak yang bersimpati dan tampil membantu menyelasaikan masalah yang menimpa terutama  sumbangan dana untuk membangunan semula Madrasah Tahfiz Miftahul’ ulum As-Sobirin, Kg.Sosondoton yang terletak kira-kira 39 Kilometer dari Pekan Ranau.

“Para pelajar di Madrasah ini yang datangnya dari sekitar Ranau dan sebahagiannya dari luar daerah,kini memerlukan kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran harian selain tempat tinggal dan ruang ibadat yang selesa.  

“Saya buntuh, justeru, saya memerlukan perhatian, sokongan serta keprihatinan dari semua pihak khususnya  pemimpin di daerah ini terutama sekali Ahli Parlimen Ranau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan agar dapat melakukan sesuatu untuk masa depan pelajar tahfiz Miftahul’ ulum As-Sobirin,” rayu Junaidi.

Tambah beliau, kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada madrasah itu, bolehlah menghubungi beliau (ustaz Junaidi Tipoi) di talian telefon 012-8318396 .

MENGGELONGSOR.
Kelihatan tanah di sekitar kawasan bangunan Madrasah Tahfiz di Kg.Sosondoton yang menggelongsor.
RISIKO.
Sebahagian bangunan madrasah yang terkesan akibat gelongsoran tanah
TIDAK SELAMAT.
Keadaan sebahagian bangunan Madrasah Tahfiz di Kg.Sosondoton akan runtuh bila-bila masa.
Bangunan Madrasah Tahfiz berada di tengah-tengah kawasan tanah yang menggelongsor
USTAZ JUNAIDI.
Pengerusi dan Pengasas Madrasah Tahfiz Miftahul’ ulum As-Sobirin, Kg.Sosondoton Ranau.
Para pelajar Madrasah Tahfiz Miftahul’ ulum As-Sobirin bersama Ustaz Junaidi dan tenaga pengajar
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN