29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MADIUS MINTA KERAJAAN JELASKAN DASAR TANGANI PELARIAN FILIPINA DI SABAH

Madius Tangau

KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen Dewan Rakyat hari ini turut menyaksikan satu soalan lisan terhadap dasar yang dilaksanakan kerajaan untuk menangani kehadiran pelarian Filipina di Sabah.

Soalan lisan itu diajukan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) kepada Perdana Menteri berhubung isu pelarian yang sudah berada di negeri tersebut sejak tahun 1970-an.

Menjawab soalan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas -Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, kerajaan tidak pernah menghalang malah menggalakkan supaya pemegang dokumen IMM13 sedia ada untuk kembali ke negara asal mereka.

“Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak kedutaan Republik Filipina dengan membenarkan “mobile team” kedutaan untuk beroperasi di Sabah yang mana ia membolehkan pihak kedutaan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyediaan pasport serta lain-lain urusan yang berkaitan untuk warganegara mereka termasuk pelarian Filipina di Sabah.

“Kerajaan mengambil perhatian isu berkaitan kehadiran pelarian Filipina di Sabah.

“Pada ketika ini, pelarian Filipina di Sabah dikenal pasti melalui pemilikan dokumen IMM13, Sijil Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan dan Sijil burung-burung dengan jumlah seramai 136,055 orang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang turut dikeluarkan di sini, hari ini.

Tamat

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN