SAR….Anggota Maritim Malaysia ketika melaksanakan LSARO –EXE 2022 di perairan Labuan.
LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) Zon Maritim Labuan berjaya melaksanakan satulatihan CARILAMAT maritime yang melibatkan agensi-agensi penyelamat setempat, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah berkata, Labuan Searchand Rescue Operation Exercise 2022 (LSARO-EXE2022) melibatkan kerjasama dan penyertaan 10 jabatan/agensi sahabat yang sentiasa komited dalam menjayakan latihan ini.
Beliau berkata, antara objektif utama LSARO-EXE 2022 ialah untuk memerkukuhkan jaringan komunikasi dan pendedahan berkaitan Search and Rescue Action Plan di antara Maritim Malaysia dengan jabatan agensi penyelamat yang lain, di samping menambah baik kaedah penyelarasan dan penyaluran maklumat dengan berkesan.
“Selain daripada itu, latihan ini juga bertujuan untuk menilai tahap siap siaga aset-aset penyelamat serta menilai masa respon yang perlu dalam menangani sebarang kecemasan dilaut” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

PENGHARGAAN…. Mohd Rosli menyampaikan cenderahati penghragaan kepada salah seorang wakil jabatan yang terlibat pada majlis penutupan LSARO EXE 2022.
Katanya, latihan tersebuttelah dilaksanakan selama tiga hari bermula pada 18 hingga 20 Januari 2022 dan telah dilaksanakan dalam dua fasa membabitkan fasa daratan (tabletalk) dan fasa di laut (sesi amali). Simulasi latihan diadaptasi berdasarkan situasi sebenar kejadian kemalangandi laut.
Menerusi siri latihan situasi ini semua pasukan penyelamat memainkan peranan dan tanggungjawab masing masing dalam mengawal sebarang insiden yang berlaku.
Mohd Rosli berkata, bermula awal Januari sehingga kini, Zon Maritim Labuan telah merekodkan dua kejadian CARILAMAT di laut, iaitu di Kg Lambidan, KualaPenyu danperairan Sipitang yang membabitkan dua mangsa dengan satu daripadanya masih belum ditemui.
Terdahulu ketika berucap merasmikan penutupan LSAROEXE2022, beliau berkata Maritim Malaysia bertanggungjawab mengesan insiden maritim, mengkoordinasi dan mengawal serta mengendali operasi mencari dan menyelamat maritim dalam kawasan tanggungjawab Malaysia dan memperuntukan sumber sumber SAR untuk membantu dalam aspek kemanusiaan dan insiden awam” katanya.
Mohd Rosli brkata, keluasan sebenar Mencari dan Menyelamat bagi Negara Malaysia adalah 894,766 kilometer persegi manakala bagi Sabah dan Sarawak adalah 514,437 kilometer persegi.
“Keluasan yang ketara ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya peranan Maritim Malaysia dengan kerjasama dari pelbagai agensi dan jabatan sekiranya berlaku kecemasan dilaut.
“Selain berperanan menjalankan tugas mencari dan menyelamat di dalam perairan sendiri,Maritim Malaysia juga tidak terkecuali dalam memberi bantuan CARILAMAT kepada negara-negara Asean sekiranya bantuan aset diperlukan” katanya
Beliau turut menjelaskan sejak tahun 2007 sehingga kini, Zon Maritim Labuan telah mengendalikan 105 kes SAR dan telah berjaya menyelamatkan 324 nyawa, manakala mangsa yang gagal diselamatkan ( meninggal) adalah seramai 33 orang dan 23 orang lagi mangsa hilang.
.



