32 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LKTNS mengambil langkah awal atasi kesusahan penduduk Mukim Tatalaan

Ghani (kanan)bersama rombongan semasa meninjau lokasi yang perlu dibina jambatan sementara sebagai laluan alternatif sementara menunggu pembinaan jamabatan kekal yang diluluskan oleh Perdana Menteri.

NABAWAN:Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)mengambil langkah awal bagi mengatasi kesusahan yang dialami para penduduk di Mukim Tatalan, Nabawan yang terkesan dengan banjir kilat baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani  Mohamed Yassin  berkata, usaha awal ialah membina jambatan alternatif dan menyediakan jalan alternatif lain bagi membolehkan para perserta LKTNS, penduduk kampung, kakitangan awam, guru dan murid dari Kampung Lumiri, Kampung Binanun, Kampung Pangaran Kamoung Pohon Batu dan sekitarnya untuk menggunakan jalan ini ke Pekan Keningau ataupun Nabawan.

“Kita buat satu inisiatif untuk membantu memulihkan ataupun menyediakan jalan-jalan alternatif untuk penduduk kampung kuhsusnya yang jauh seperti ke Pohon Batu dan juga Pengaraan, jadi pada hari ini kita bersama pihak Pejabat Daerah Nabawan dan Juruteknik bersama pengurusan LKTNS, kita dapat memantu dan mengenal pasti apa keperluan yang perlu kita buat” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan meninjau masalah penduduk di mukim tersebut hari ini (Isnin).

Pada masa sama, Ghani yang juga ADUN Nabawan turut merakamkan penghargaan atas keperihatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakob  yang meluluskan pembaikkan semula 5 jambatan sungai dan 11 jambatan gantung yang rosak kesan banjir tersebut yang akan dilaksanakan kerja pembinaan selepas dokumentasi pelaksanaan peruntukkan dikeluarkan nanti.

Bagi penduduk yang ditemui di kampung Binanun kesan kerosakkan daripada banjir kilat ini telah banyak menjejaskan aktiviti kehidupan seharian penduduk sekitar terutamanya untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Beginilah keadaan satu laluan sungai yang perlu dibina jambatan sementara.

Ketua Kampung Binanun Baru Mosolom Ansarui berharap pembinaan jambatan gantung dipercepatkan supaya budak-budak sekolah pun boleh ikut itu jambatan kalau banjir.

Dalam perkembangan lain, Pengurus Besar LKTNS  Syaheddrul R Joddari berkata, kesan banjir kilat di mukim tatalan ini turut mengakibatkan LKTNS mengalami kerugian 30 peratus di Ladang Lumiri disebabkan tiga laluan utama terputus sehingga menyebabkan para perserta tidak dapat turun kerja selain banyak tanaman kelapa sawit musnah akibat hakisan dan tanah runtuh.

Sehubungan itu katanya, LKTNS akan membina sebuah penempatan rumah perkerja di ladang tersebut untuk kemudahan jangka panjang.

“Untuk jangka masa panjang kita bercadang untuk membuat penempatan baru, contohnya perumahan perkerja yang lebih selamat diduduki dan memberi faedah kepada penduduk luar bandar khasnya” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Nabawan Francis Stephen, Pengurus Wilayah Barat LKTNS Jasni Mohd Yusof, wakil Pejabat UPPM Nabawan James Simin dan rombongan LKTNS Pusat dan Wilayah Barat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN