Alden (dua dari kanan) bersama Yahya memakaikan beg sekolah kepada salah seorang murid yang menerima bantuan tersebut
LABUAN: Lion Club of Labuan Mandarin dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan telah menghulurkan bantuan berupa peralatan sekolah menerusi Program “ Back To School” kepada 27 pelajar yang ditimpa musibah kebakaran rumah di Kampung Muslim, Ganggarak dan Kerupang baru baru ini.
Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Presiden I, Lion Club of Labuan Mandarin, Alden Wong bersama Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Puteh yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pekan Dua,baru baru ini.
Sementara itu, Alden berharap bantuan menerusi Program Back To School itu dapat meringankan beban keluarga pelajar yang ditimpa musibah kebakaran.

Para pelajar yang menerima bantuan “Back To School” bersama Alden (tiga dari kanan) dan Yahya (empat dari kanan)
“Kami juga berharap pelajar berkenaan dapat kembali ke sekolah dengan peralatan yang lengkap dan bermotivasi”, katanya.
Hadir sama, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Awang Marten Datuk Abdul Rahman serta ketua jabatan, Pengetua, Ahli Persatuan, ibu bapa dan pelajar.
| ReplyForwardAdd reaction |



