25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lima sifat yang ditunjukan petugas barisan hadapan Labuan faktor utama capai imuniti kelompok

CEKAL….petugas kesihatan ketika melakukan tugas dengan penuh kesabaran dan keyakinan.

LABUAN:  Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kecekalan dan  sentiasa bersabar serta tidak mudah patah semangat  adalah antara lima sifat yang  ditunjukkan oleh  petugas-petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan  menjadi faktor Labuan berjaya mencapai sasaran 80 peratus  imuniti kelompok lebih awal daripada yang dijadualkan.

Beliau berkata,  sifat yang pertama ialah  mereka sentiasa cekal   dan keduanya mereka juga tidak pernah berputus  dan sentiasa bersabar  ketika berdepan dengan pelbagai kesusahan  serta melakukan sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh.

 “Apa yang boleh dipelajari dari Labuan adalah sikap sabar  dan cekal petugas barisan hadapan dalam menghadapi kes harian yang turun naik. Jadi kalau kita tidak sabar  macam rasa kecewa, kemungkinan kita rasa nak putus asa, rasa macam dah habis ikhtiar, tetapi kita tahu apabila kita sabar selepas hadapi kesusahan, kita akhirnya capai kejayaan seperti apa yang telah dirancang,” katanya.

SUKARELAWAN PRIVO  yang juga sebahagian barisan hadapan bukan kesihatan banyak membantu dalam menjayakan program Imuniti Kelompok Labuan

Beliau berkata demikian ketika berucap secara dalam talian dari Putrajaya pada  majlis suntikan vaksin lengkap kepada individu ke 54,780  di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pada Selasa.

Selain itu katanya,  kita juga boleh  pelajari dari Labuan ialah sifat istiqamah  dalam menghadapi kes harian yang turun naik.

“Sifat keyakinan yang tinggi juga merupakan faktor lain  keatas kejayaan Labuan dalam mencapai sasaran vaksinasi selain dapat menangani serangan  wabak COVID 19,”ujarnya.

Annuar berkata, Labuan pernah berada dalam keadaan sangat meruncing dengan lonjakan kes dan kadar jangkitan (R-Naught) tertinggi,  namun hari ini kita  boleh berbangga dengan apa tyang mereka capai.

Katanya,  kejayaan Labuan   dalam  mencapai sasaran 80 peratus vaksinasi ke atas penduduk dewasa boleh dijadikan satu manifestasi kepada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau juga yakin   kejayaan Labuan dalam program vaksinasi serta penurunan ketara kes harian,  Labuan mampu beralih terus kepada fasa tiga PPN.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN