30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

lima kru kapal terselamat,  tongkang  dinaiki karam

LABUAN: Lima kru terselamat apabila tongkang yang membawa air mentah karam akibat cuaca buruk di perairan Pulau Kuraman, pada petang kelmarin.

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Zon Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata    tongkang   yang dinaiki lima kru berusia dalam lingkungan 30 an hingga 45 tahun itu sedang mengangkut air mentah  bersama sebuah bot kargo.

Beliau berkata, ketika kejadian anggotanya yang sedang membuat rondaan Ops Sejahtera telah menerima panggilan  daripada Pusat  Operasi Zon Maritim Labuan mengenai kejadian tersebut.

“Ketika  anggota APPM  menghampiri lokasi kejadian telah menjumpai  sebuah bot  kargo sedang berusaha untuk menyelamatkan lima kru  tongkang berkenaan yang tenggelam” katanya dalam satu kenyataan media, pagi ini (Sabtu).

Jelasnya,  bot kargo bersama lima kru yang terselamat itu ditunda oleh bot peronda APMM    ke jeti APMM Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN