25.6 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lima atlet Labuan yang raih pingat di Para SUKMA terima Insentif

.Dr Zaliha bersama atlet yang menerima Insentif



LABUAN:Lima atlet Labuan yang meraih pingat di Para SUKMA yang diadakan di Sarawak September lalu menerima Insentif daripada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWPL).


Atlet Para SUKMA Labuan yang mewakili kontijen Wilayah Persekutuan di temasya dwi tahunan itu meraih tujuh pingat masing masing 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 gangsa.


Pada majlis itu pemenang pingat emas menerima RM3,000, pingat perak RM1,200 dan pingat gangsa RM800.

Dr Zaliha bersama atlet, jurulatih Dan Pengurus Sukan yang menyertai kontijen Wilayah Persekutuan pada Para SUKMA Sarawak


Turut menerima Insentif ialah para jurulatih yang memenangi pingat sebanyak RM1,000.
Sementara itu majlis Penyerahan Insentif berkenaan di sempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah) yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Labuan, di sini, pada Isnin.


Lima atlet Labuan yang cemerlang di Para SUKMA itu ialah Rozabell Rozell Parinus pingat emas (Olahraga) Avrinda Anis pingat emas (Boccia) Asmaliza Awang Tuah, pingat emas (Boling Padang), Labo Tualin, 3 pingat perak masing masing dalam acara renang, Kuak Dada, Butterfly dan Gaya Bebas serta Rafli Suhaili pingat gangsa menerusi acara Powerlifting 49kg.


Jurulatih yang turut menerima Insentif RM1,000 itu ialah Mohd Supian Juslin (Olahraga), Junih Tuah (Boccia), Mohd Daud (Boling Padang), Aadiyati Dhobbhah (Renang) Dan Mohd Syukri Abdullah (Powerlifting).


Terdahulu Dr Zaliha ketika berucap menzahirkan rasa bangga dengan atlet Para SUKMA Labuan yang memenangi pingat.


“Insentif yang diberikan bertujuan untuk menggalakkan serta memberi motivasi kepada atlet atlet yang berjaya pada temasya itu” katanya.


Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud dan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN