Salah seorang peserta sedang beraksi dalam perlumbaan MTB Enduro Race 2.0 itu
RANAU: Peserta Malaysia, Lew Tze Siong muncul sebagai johan keseluruhan dalam acara pertandingan Sabah Mountain Bike (MTB) Enduro Race 2.0 2024 yang diadakan di Kilimu Adventure Park, KG. Kilimu Ranau baru-baru ini.
Lew menamatkan kayuhan dan mencatatkan masa 14 minit 22 saat untuk kesemua 5 stage pada jarak keseluruhan sejauh 13 kilometer.
Tempat kedua dan ketiga juga dimenangi oleh peserta dari Malaysia iaitu Saiful Bahri Bin Amat Mohtar (14 minit, 46 saat) dan Mohd Fadzli Alwi Bin Bemawi (15 minit, 15 saat).
Bagi kategori Men Hardcore Hardtail, Mohd Fitri dari Ranau, Sabah mendapat tempat pertama dengan masa 18 minit, 22 saat, diikuti Rickson Jin How Siang dari Beufort, Sabah (21 minit, 27 saat) di tempat kedua dan Noorezal Bin Abdul Raup dari Singapura (21 minit, 27 saat) di tempat ketiga.
Bagi kategori Men Master A (umur 30 -39), Saiful Bahri Bin Amat Mohtar, dari Kuala Lumpur (KL) mendapat tempat pertama dengan masa 14 minit, 46 saat, diikuti Terence Rinusin, Sabah (17 minit, 21 saat) di tempat kedua dan Clarie Biteh, Malaysia (18 minit, 07 saat) di tempat ketiga.
Kategori Men Master B (umur 40 – 49), dimenangi Mohd Fadzli Alwi Bin Bemawi, dari KL di tempat pertama dengan masa 15 minit, 15 saat, diikuti Joshua Sultan, Miri (16 minit, 01 saat) di tempat kedua dan Hirman Al Rahim, Brunei (16 minit, 18 saat) di tempat ketiga.
Bagi kategori Men Master C (umur 50 keatas), Mazlee Noor Metusin, Brunei mendapat tempat pertama dengan masa 15 minit, 29 saat, diikuti Fathil Bin Mohd Nazeri, KL (16 minit, 59 saat) di tempat kedua dan Christopher, Sabah (19 minit, 28 saat) di tempat ketiga.
Bagi kategori Men Open (Pro Level), Lew Tze Siong, Sabah mendapat tempat pertama dengan masa 14 minit 22 saat, diikuti Hj Haidir Al Rahman Hj Kabri, Brunei (15 minit, 22 saat) di tempat kedua dan Brenjon, Sabah (15 minit, 42 saat) di tempat ketiga.
Kategori Women dimenangi Nur Nasthasia Nadiah Binte Abdul Nazzeer, dari Singapura di tempat pertama dengan masa 21 minit, 03 saat, diikuti Eirene Anak Erving, Ranau Sabah (22 minit, 51 saat) di tempat kedua dan Tantiesrena Bte Abdul Karim, Singapura (50 minit, 09 saat) di tempat ketiga.
Pertandingan tersebut disertai lebih 75 peserta dari seluruh negara, dan juga negara jiran Brunei Darussalam dan Singapura, namun hanya 60 orang dapat menamatkan perlumbaan mereka.
Acara selama dua hari tersebut telah dirasmikan Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan (KBSS) Daerah Ranau, Mohd Shahfri Bin Samiri.

Para pemenang bergambar beramai-ramai selepas pertandingan MTB Enduro Race 2.0 itu
Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan team mereka ke Sabah, khususnya di daerah Ranau.
“Diucapkan Jutaan terima Kasih kepada semua peserta yang datang daripada luar negara dalam bersama sama menjayakan program ini. Selamat datang ke Daerah Ranau,” ujar beliau.
Beliau juga mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Penganjur serta seluruh Ahli Jawatankuasa yang terlibat serta semua peserta yang terlibat dala sama-sama menjayakan pertandingan MTB Enduro Race 2.0, 2024 itu.
Menurutnya, KBSS akan sentiasa menyokong Program sukan seumpama begini, kerana sukan sebegini memberi impak yang baik kepada semua belia serta lahirnya sifat daya saing dalam diri di setiap belia.
“Saya berharap anjuran seperti begini tidak terhenti disini sahaja. Semoga anjuran seperti begini mampu meraih lagi ramai belia khususnya belia di daerah Ranau,” jelas beliau.
Turut hadir, Pengerusi Penganjur, Mohd Kharizel Bin Donatus, Penolong Pegawai Tadbir mewakili Pegawai Daerah Ranau, Fadzri Bin Faimin, Ketua Anak Negeri Ranau, Jabay@Jaibie Surugau, Ketua Pemuda Umno Bahagian Ranau, Mohd Nadzmin Kamin, Ketua Kampung Kg Kilimu, Hilary@Papali Sian dan lain-lain.