26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki warga emas maut, tercampak dari motor di Putatan

TERBABAS…Keadaan motorsikal yang ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan di Putatan, pagi tadi

Oleh: Mirlen Axtius

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas tercampak dari motosikal yang ditunggangnya berhampiran lampu isyarat Sabindo, Putatan pagi tadi.

Mangsa yang berusia 75 tahun itu dilaporkan hilang kawalan semasa menunggang motosikal sebelum terbabas kemudian tercampak sejauh 16 meter.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat awam mengenai kemalangan pada jam 4.30 pagi.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Saparia Ladoni di talian 019-8095133 untuk membantu siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN