31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki tempatan maut kemalangan di Jalan Tun Mustapha

ROSAK TERUK… kenderaan Toyota Hilux yang di pandu mangsa dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Mustapha, awal pagi Ahad.

LABUAN: Seorang lelaki tempatan, 29, maut ditempat kejadian selepas terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Tun Mustapha, dekat sini, kira-kira jam 2.24 pagi hari ini.

Mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dari arah Pohon Batu menuju ke pusat bandar melalui Jalan Tun Mustapha di sini hilang kawalan ketika melalui di satu selekoh lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Yusuf Lamin beralamat Kampung Lajau meninggal dunia ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dipandunya.

“Mangsa yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan setibanya di tempat kejadian” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke hospital Nukleus Labuan untuk tujuan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN