30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LELAKI MELECUR KETIKA CUBA PADAM KEBAKARAN RUMAH DI KG.KIBBAS.

RANAU: Seorang lelaki melecur kedua belah tangan dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah sewa di Kampung Kibbas, disini, semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7 malam, mangsa berusia 43 tahun itu dikatakan cuba memadam kebakaran daripada merebak sebelum melecur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib, ketika dihubungi media berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

Ridwan Mohd Taib

Katanya, mujur dalam kejadian itu isteri dan lima anaknya sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api merebak.

Terdahulu kata Ridwan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 07.21 malam.

“Dua buah jentera iaitu Fire Rescue Tender (FRT), Fire Response Vehicle (FRV) dan sebuah van EMRS dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi  yang terletak 6 kilometar dari balai.

“Ketika bomba tiba, didapati sebuah rumah jenis sementara berukuran 30 kaki x 40 kaki yang disewa mereka sekeluarga telah terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak membentang 1 aliran air 200 kaki dengan 2 pancutan menggunakan air dari jentera bomba untuk memadam kebakaran.

“Bagamanapun jentera bomba terpaksa berulang alik untuk mendapatkan bekalan air di salah sebuah sekolah berhampiran iaitu SMK Kundasang dalam jarak 2 kilometer dari lokasi kejadian setelah bekalan air daripada jentera bomba habis. Operasi tamat sepenuhnya jam 9.06 malam,” katanya.

Menurut Ridwan, dalam kejadian itu sebuah kereta jenis Toyota Van turut terlibat. Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN