25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki maut motosikal terbabas

Gambar: MAUT….mayat mangsa yang terbaring atas pembahagi jalan selepas motosikal yang ditungganginya terbabas.

LABUAN: Seorang lelaki   warga asing maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika melalaui Jalan Pohon Batu berhampiran simpan 28 Lajau, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, dalam kejadian  sekitar jam 7 malam itu, mangsa 47  tahun  telah ditemui terbaring selepas motosikal yang ditunggani terbabas dan disahkan telah meninggal dunia  oleh pegawai perubtaan yang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal polis, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari pusat Bandar menuju ke Pohon Batu  terbabas  selepas terlanggar terlanggar pembahagi jalan dan seterusnya melanggar tiang lampu ketika melalui jalan berdekatan simpang 28 Kampung Lajau.” katanya dalam satu kenyataan media disni, petang tadi.

Katanya mayat mangsa telah dibawa ke hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mangsa dipercayai tinggal menyewa bersama keluarganya di Kampung Patau-Patau 2.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN