ANGGOTA bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang terlibat dalam Kemalangan itu.
LABUAN: Seorang lelaki tempatan maut dalam satu kemalangan jalan raya selepas kenderaan jenis Toyota Rush yang dipercayai dipandunya oleh mangsa terbabas dan melanggar pokok, awal pagi Jumaat.
Menurut satu laporan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, kejadian yang berlaku di Jalan Tun Mustapha berhampiran Taman Amanda Kampung Pantai.
Jabatan itu menerima laporan kecemasan dari orang awam berkaitan kemalangan itu kira-kira jam 1.20 pagi
Seramai 13 anggota bomba termasuk pegawai serta lima buah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Sebaik tiba ditempat kejadian, mendapati seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan tersebut dan operasi menyelamat segera di lakukan.
Bagaimanapun mangsa yang di kenali sebagai Chan Wah Shin, 62 disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang turut dipanggil membantu dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.