30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki lempar asid pada isteri kerana enggan dirogol rakan-rakan setelah kalah judi 

Gambar sekadar hiasan

SEORANG lelaki di India dilaporkan telah melemparkan asid ke atas isterinya sendiri selepas mangsa menolak untuk dirogol oleh rakan-rakan suaminya kerana kalah pertaruhan, menurut polis.

Lelaki tersebut telah menghantar isterinya yang berusia 30 tahun itu kepada rakan-rakannya untuk diperkosa sebanyak beberapa kali pada bulan Oktober, kata polis.

Difahamkan, dia menolak permintaan rakan-rakan suaminya itu sebelum dilempar ketika enggan diperkosa pada Sabtu lalu, dakwa penyiasat.

Lelaki yang berusia 38 tahun itu kini dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis kerana melemparkan asid, rogol, keganasan rumah tangga dan kesalahan mengurung.

Pegawai polis Muzahidpur Rajesh Kumar Jha memaklumkan kepada Independent: “Pasangan itu berkahwin selama lebih kurang 10 tahun.

“Suaminya itu berjudi dan dia kalah dalam pertaruhan pada akhir bulan Oktober. Selepas itu, dia akan menghantarnya ke petaruh yang lain, di mana lelaki itu akan memperkosanya.

“Sekiranya dia menentang kehendak seksual lelaki lain, suaminya itu akan memukul dan mengurungnya.”

Mangsa pada sebelum ini dilaporkan dirogol secara beramai-ramai pada 28 Oktober.

Mangsa melarikan diri selepas serangan asid pada Sabtu dan pergi ke rumah orang tuanya di kampung pada keesokan harinya, lapor Times of India.

Aktivis sosial Deepak Sing telah membawanya ke balai polis pada hari Ahad di mana dia melaporkan serangan itu ke Bhagalpur SSP Ashish Bharti.

Mangsa dilaporkan menyatakan bahawa suaminya pernah menyiksanya kerana dia tidak dapat mempunyai anak.

Mangsa dilaporkan sedang diperiksa secara perubatan sementara polis masih lagi giat menyiasat kes itu.

Sumber: Daily Mail

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN