30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Sungai Sugut

RANAU: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika aktiviti menangkap ikan di Sungai Sugut dekat Kampung Merungin 2 pada tengah hari Khamis.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Hazrul Azha Joseph 21 tahun dilaporkan hilang dan belum ditemui setakat pukul 2.30 petang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Shahrul Datuk Haji Wahab ketika mengesahkan kejadian berkata, semasa kejadian, cuaca hujan dan gelap, manakala arus sungai mengalir dengan deras.

“Mangsa dikatakan bersama beberapa rakan turun ke sungai menangkap ikan sebelum mangsa dilihat tiba-tiba dibawa arus deras sebelum hilang, menurut saksi.

“Usaha awal mencari dan menyelamat oleh orang kampung telah dijalankan di sekitar lokasi kejadian dalam jarak lebih kurang 150 meter tetapi mangsa tidak dijumpai,” katanya.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang menerima panggilan kecemasan, telah menggegaskan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipergiat bersama anggota bomba dan penyelamat  dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ranau, Kota Marudu dan Kita Kinabalu. Peralatan Scuba turut digunakan. Operasi SAR turut dibantu anggota RELA dan penduduk kampung.

Terdahulu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, operasi ditangguh jam 6.00 petang kemarin memandangkan keadaan gelap dan operasi SAR  disambung pada jam 7.00 pagi keesoknya(Jumaat)

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Ranau  yang dihubungi kira-kira jam1.58 petang tadi (Jumaat) memberitahu, mangsa belum dijumpai dan operasi SAR  sedang giat dijalankan. -TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN