0leh: ADUKA JASNIN SUMAN
RANAU, 24 Mei 2021 : Seorang lelaki ditemukan tergantung pada dahan pokok cempedak di Kampung Sagindai Lama, di sini lebih kurang 5 petang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Sammy Newton, mengesahkan, Balai Polis Ranau telah menerima panggilan telefon daripada keluarga mangsa pada 6.19 petang berhubung kejadian itu.
Katanya, sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota Polis bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 34 Kilometer daripada pekan Ranau.

“Sebaik tiba, polis mendapati seorang lelaki tidak bernyawa tergantung pada dahan pokok cempedak di belakang rumah kediaman keluarganya.
“Maklumat awal diperolehi, mangsa adalah lelaki tempatan berumur 26 tahun dan bekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut DSP Sammy, siasatan masih diteruskan untuk mengatahui punca sebenar kematian mangsa, dan setakat ini kes disiasat sebagai Kes Mati Mengejut (SDR).