ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki Disyaki Tetak Anggota Polis di Sook Ditahan

Suspek semasa dibawah ka Mahkamah Keningau untuk memdapatkan perintah tahanan reman.

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan yang disyaki menetak seorang anggota polis pada 19 Disember tahun lepas (2025) lebih kurang jam 5.00 petang di tepi jalan Kampung Pauh Tulid, Sook yang berjaya ditangkap polis pada petang Sabtu.

Ketua Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai yang mengesahkan tangkapan itu berkata, supsek Rafi Bin Lukas 40 tahun melarikan diri hampir empat bulan ditangkap di sebuah rumah tidak bernombor, di Kampung Pauh Tulid Sook pada Sabtu (14 Mac 2026) lebih kurang jam 7.40 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Katanya, hasil ujian “Urine-Test” suspek didapati positif dadah methamphetamine dan amphetamine serta hasil semakan suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau dibawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Suspek ditahan reman selama lima (5) hari bermula 15 hingga 20 Mac 2026 dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan selepas mendapat perintah reman daripada Mahkamah Keningau pada Ahad.

Yampil memberitahu, pada 19 Disember 2025 lebih kurang 7.00 malam pengadu yang merupakan doktor klinik kesihatan Sook telah menerima seorang pesakit yang mengalami luka di bahagian tangan dan perut akibat serangan dipercayai menggunakan samurai, dan doktor tersebut ada memberitahu bahawa pesakit adalah anggota polis PGA. Laporan itu sebagai maklumat pertama.

Mangsa mengalami kecederaan patah pada ibu jari kiri dan luka kesan tetakan pada bahagian belakang badan dan luka kesan tetakan pada lengan bawah tangan kanan.

Hasil soal siasat awal yang dijalankan mengaku telah terlibat menyerang mangsa.-MA

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN