27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki didenda RM 3,500 miliki minyak diesel 300 liter tanpa permit.

Kenderaan pacuan empat roda yang  di diserah kepada KPDN untuk dilupus



LABUAN: Seorang lelaki tempatan didenda RM3,500 dan penjara 7 hari jika gagal nembayar denda oleh Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan Labuan  selepas mengaku bersalah memiliki barang kawalan berjadual minyak diesel sebanyak 300 liter tanpa permit.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan, Azman Sumin di hadapan Hakim Marina Ibrahim pada Selasa.

Menurut Pengarah KPDN Dan Kos Sara Hidup, Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain,  tertuduh  Peter Ling  Howe Fing ditahan dalam satu operasi ‘Kita Gempur’- OPS Tiris 3.0.

Beliau berkata, Peter Ling yang  tidak diwakili peguam didakwa menyimpan barang kawalan itu  dalam tangki tambahan di bahagian belakang pacuan  empat roda.

“Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kawasan perindustrian Kampung Bukit Kalam  kira kira jam 1130 pagi pada 6 Januari lalu” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Jelasnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Subperaturan 22(1) Akta yang sama.

Mahkamah  turut memutuskan semua barang kes termasuk kenderaan, hos, pam elektrik serta deposit hasil jualan diesel diserah kepada KPDN untuk dilupuskan.



 
 
 
 
 
 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN