33 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 28, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki didakwa tujuh pertuduhan  rogol anak saudara

Tertuduh ketika di bawa  keluar dari bangunan Mahkamah  sebelum dihantar  ke Kepayan.

LABUAN: Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majestrit di sini pada Selasa atas tujuh tuduhan merogol terhadap  anak saudaranya  tahun lalu.

Tertuduh 52 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta dituduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah  antara bulan Mei hingga November 2023 ketika anak saudaranya itu berumur 15 tahun.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376  Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 20 tahun dan sebatan.

Kes di kendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Hasnan Abidin.

Sementara itu Hakim Majestrit  Kasfurrahman Abang Ahmad menetapkan  tarikh sebut semula  kes pada 22 April 2024 dan mengarahkan supaya tertuduh di hantar ke penjara Kepayan sementara menunggu tarikh kes sebut semula.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN