30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki didakwa sebar rakaman housemate wanita mandi bogel

PADAH menyebar gambar bogel rakan serumah ketika mandi, seorang pengurus syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan.

Tertuduh, Ong Beng Soon, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Fared Abdul Latif.

CLICK – 👉 https://chanteekborneo.com.my/

Menurut laporan Bernama, dia didakwa telah mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 23 tahun dengan cara merakam gambar bogel ketika mandi yang mengganggu kesantunan mangsa di sebuah rumah di Taman OUG.

Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh pada pukul 1 petang, 15 Jun 2019 dan kesalahan itu disabit mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa memiliki gambar berunsur lucah di dalam telefon bimbit miliknya di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-Sumber Bernama

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN