Dalam kejadian berasingan, tiga cedera selepas proton Persona jatuh gaung dekat Kundasang
BBP RANAU
OLEH ADUKA JASNIN SUMAN
RANAU: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Ranau selepas kereta jenis Proton Iswara yang dipandunya merempuh sebuah lori treler dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 9, Jalan Ranau-Tampaluri awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Sammy Newton, ketika mengesahkannya berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, sisatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan yang berlaku kira-kira jam12.30 tengah malam itu berpunca apabila proton Iswara yang dipandu mangsa dikatakan memasuki lorong bertentengan.
“Mangsa yang memandu proton Iswara dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lori treler yang datang dari arah bertentangan,” katanya.
Menurut DSP Sammy, Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah seksyen 43(1) APJ 1987.

Dalam pada itu beliau menasihati pengguna jalanraya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu terutamanya pada waktu malam.
“Jika rasa mengantuk, pengguna dinasihatkan untuk berhenti di tempat yang terang dan ambil masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.
“Selain itu, kondisi kenderaan yang digunakan juga harus diambil perhatian dan diperiksa sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta jenis Proton Pesona telah terbabas sebelum jatuh ke gaung dekat Masjid Pekan Kundasang di sini pada petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 01.58 petang berhubung insiden itu.

“BBP Ranau mengegaskan seramai lima anggota ke lokasi kejadian dari jarak 18 kilometer menggunakan sebuah jentera utiliti jenis FRT-1 (BMD 4509).
“Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis proton Persona telah terjatuh ke gaung sedalam lebih-kurang 10 meter.
“Terdapat tiga mangsa dipercayai pemandu dan penumpang . Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang cerdera sebelum menyerahkannya kepada pihak ambulans kilinik kundasang,” katanya.
Menurut Ridwan, operasi menyelamat di lokasi ditamatkan jam 2.35 petang.- TAMAT–



