31 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Legasi mendiang Aki Tingadon memuji usaha ADUN Bingkor

Datuk Robert Tawik (Tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama legasi Aki Tingadon dihadapan bangunan Tomuan Aki Tingadon.

KENINGAU: Legasi mendiang Aki Tingadon memuji usaha yang dimainkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik untuk merubah landskap kawasan ini kearah lebih maju demi pembangunan rakyat.

Salah seorang anak kepada mendiang Aki Tingadon dikenali sebagai Atamah Tingadon berkata, Datuk Robert Tawik wajar dijadikan contoh sebagai seorang wakil rakyat yang prihatin selain berkerja keras untuk kawasan Bingkor sehingga rakyat menikmati pelbagai kemudahan asas.

“Saya berterima kasih kepada wakil rakyat Bingkor kerana beliau seorang yang komited untuk membangunkan kawasan untuk manafaat rakyat”. Katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Gabungan Mukim Bingkor Dan Tuntumulud pada Sabtu.

Seorang lagi cucu kepada mendiang, Helvin Ribus berkata, keperihatinan wakil rakyat Bingkor memberi impak baru kepada kawasan ini yang dilengkapi dengan kemudahan moden khsusunya keperluan utama rakyat.

“Salah satu pembangunan bermakna untuk kemudahan rakyat adalah pembinaan bangunan Tomuan Aki Tingadon yang memberi ruang selesa kepada penduduk untuk menjalankan perniagaan”. Katanya.

Sementara itu, Alexsius Tingadon, seorang pesara guru berkata, pembangunan dikawasan ini mampu melahirkan generasi yang berkualiti khususnya pelajar sekolah kerana mereka telah disediakan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan hidup.

Katanya, jika suatu ketika dulu, Bingkor masih ketinggalan dari aspek pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, klinik kesihatan, sekolah dan kedai, kini semua kemudahan itu telah lengkap dan mudah untuk rakyat menjalani rutin kehidupan dengan selesa.

“Atas usaha wakil rakyat Bingkor, saya berharap ianya boleh melahirkan insan berkualiti tinggi khsusunya dalam bidang pendidikan agar Bingkor terus membangun pada masa akan datang.

Parigu Tingadon, juga seorang guru disebuah sekolah menengah dekat sini turut memuji usaha wakil rakyat tersebut dan berterima kasih kerana tekun menjalankan amanah rakyat.

Jelasnya, Robert telah mengadaptasikan slogan ‘Bingkor Membangun Bersama Rakyat’ yang mana beliau berusaha mempastikan segala kemudahan asas untuk rakyat terlaksana sekaligus mencerikan suasana kawasan ini.

“Saya berharap beliau terus komited dalam pelayanan selaku wakil rakyat dan usaha ini boleh membantu kawasan Bingkor mengeluarkan produk insan yang lebih profesional dan berdaya saing”. Katanya.

Aki Tingadon Pantayon merupakan seorang anggota polis sewaktu zaman konfrantasi penjajahan Jepun di Borneo suatu ketika dahulu. Selepas bersara daripada pasukan polis, beliau mengusahakan gerai soto di Pekan Bingkor yang mendapat pujian ramai pelanggan kerana kelazatan sup soto beliau.

Bagi mengenang nostalgia itu, Datuk Robert Tawik telah mengilhamkan bangunan tapak tamu Pekan Bingkor dinamakan sebagai Tomuan Aki Tingadon yang kini diadakan tamu mingguan setiap hari ahad selain gerai menjual makanan hairan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN