29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih RM9 juta untuk OKU tahun lalu: James Ratib

Datuk James ( keempat kiri) ketika menyempurnakan gimik perasmian

KOTA KINABALU: Sejumlah RM9,397,986 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu golongan kurang upaya (OKU) di negeri ini pada tahun 2022.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahtera Rakyat Negeri Sabah, Datuk James Ratip berkata, peruntukan tersebut diagihkan kepada 40 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dalam bentuk geran atau bantuan kewangan.

“Menerusi Bajet 2022 tahun lalu, Kerajaan telah menaikkan kadar penyaluran bantuan kepada golongan OKU antaranya ialah Pemberian Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik sebanyak RM500, Elaun OKU Tidak Berupaya Kerja sebanyak RM300 dan Elaun Pekerja OKU sebanyak RM450.

“Kementerian melalui peruntukan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA Sabah) menyediakan pelbagai kemudahan bantuan kebajikan dan perkhidmatan sokongan bagi membantu OKU memaksimumkan potensi yang ada dan seterusnya menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

“Saya berharap jumlah perruntukan sama akan diterima oleh PPDK tahun 2023 yang dijangka diagihkan pada Mac tahun ini.

James memaklumkan bahawa melalui bajet Kerajaan Negeri Sabah tahun 2023, Ketua Menteri Sabah melalui Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan peruntukkan tambahan sebanyak RM200,000 kepada semua PPDK negeri Sabah.

“Setiap PPDK masing-masing menerima sebanyak RM5,000 yang akan disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah untuk tujuan membantu pengoperasiaan harian PPDK.

“Ini termasuklah pembeliaan alat bantu mengajar atau pemulihan, pembelian stationery, pembiayaan kos Laporan Kewangan Audit Bertaulih, penyelanggaran dan pembaikian kecil, pembiayaan kos makan minum mesyuarat Jawatankuasa, elaun pengangkutan, penginapan dan lain-lain,” kata beliau.

Menurut beliau, usaha itu secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya komited bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat termasuk OKU.

James yang juga ADUN Sugut berkata demikian semasa merasmikan Program Mini
Karnival OKU@PDK Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
Tahun 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) pada hari Khamis.

Program tersebut diadakan bagi mempromosi perkhidmatan PDK kepada masyarakat umum, selain memberi ruang dan peluang kepada pelatih OKU, ibubapa, penyelia, petugas serta ahli-ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) berkumpul dan melibatkan diri menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di samping meraikan pelatih OKU.

Selain dari itu, program ini dapat mengetengahkan bakat OKU dan mempromosikan produk PDK sambil menggalakkan jalinan kolaboratif bersama agensi Kerajaan, swasta dan syarikat korporat dalam usaha meningkatkan pembangunan OKU kerana mereka tidak boleh dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara.

Berdasarkan statistik Sistem Maklumat OKU (SMOKU), seramai 633,653 OKU berdaftar dengan JKM sehingga 31 Disember 2022. Jumlah ini adalah bersamaan dengan 1.9% daripada 33 juta jumlah penduduk di Malaysia.

Pendaftaran OKU di Negeri Sabah adalah 44,178 OKU yang terdiri daripada OKU pendengaran 3,369 orang, OKU Penglihatan 2,917 orang, OKU Pertuturan 367 orang, OKU Fizikal 10,468 orang, OKU Pembelajaran 18,477 orang, OKU Mental 3,137 orang dan OKU Pelbagai 2,443 orang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN