30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 80 penduduk KRT Taman Semporna Centre jayakan gotong royong

Sebahagian pesrta gotong royong sempat merakam gambar sebelum gotong royong bermula

SEMPORNA: Aktiviti Gotong Royong Perdana Cegah Denggi mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 80 orang penduduk Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Semporna Centre menyertai aktiviti itu yang merupakan anjuran KRT Taman Semporna Centre dengan kerjasama Unit Denggi Pejabat Kesihatan Daerah Semporna.

Antara kawasan lokasi program tersebut ialah, Dewan Taman Semporna Centre.

Sementara tujuan utama aktiviti gotong-royong itu diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar agar bersih dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, selain satu pendekatan agar keharmonian dan kesejahteraan kawasan tempat tinggal mereka sentiasa bebas dari segala wabak penyakit dan anasir-anasir luar.

Penasihat KRT, Baknan Ali Lampong turut ‘Turun Padang’ meluangkan masa bagi menyempurnakan majlis perasmian seterusnya menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.

Pegawai dari Unit Denggi pejabat Kesihatan Daerah Semporna, Mad Lakim Menan telah memberi taklimat kesedaran bahaya nyamuk Aedes dan penyakit denggi turut dilaksanakan sebagai sebahagian usaha menyampaikan maklumat kepada komuniti KRT.

“Semoga usaha dan kerjasama semua pihak ini akan membantu menyumbang kepada sasaran membasmi denggi di Daerah Semporna”, jelas Mad Lakim.

Turut Hadir bersama menjayakan Program ini ialah, Husin Mad Saban, Ketua Inspektor PKD Semporna, Hj Johan Hj Aukasa, Pengetua SMK Bum-Bum, Hj Usrie, Mantan Guru Besar SK Tagasan dan wakil Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Semporna.

      TAMAT
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN