28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 6,000 penduduk Mukim Sebrang mendesak agar projek bekalan air bersih dipercepatkan.

Gatinol….percepatkan projek bekalan air bersih.

KENINGAU:Lebih 6,000 penduduk di tujuh buah kampung Mukim Sebrang mendesak agar projek bekalan air bersih di kawasan itu dipercepatkan.

Ketua Badan Bertindak  Gatinol Doon berkata, isu air bekalan air bersih yang melibakan tujuh buah kampung  tersebut sudah lama diperjuangkan. 

Katanya, kampung yang terlibat adalah Kg. Magatang, Kesugui, Kiporing, Panagatan Ulu, Penagatan Laut, Bomboi dan Kindasan. 

“Kami tidak mahu menunggu sehingga tahun 2023, tetapi mahu bekalan air bersih ini diselesaikan dalam kadar yang segera sekurang-kurangnya tahun hadapan 2022” tegasnya.

Bercakap kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini hari ini Gatinol berkata, sehingga hari ini, mereka masih menggunakan sumber paip graviti melalui sumber dari anak  sungai berhampiran sebagai sumber mandian, memasak, minum dan mencuci pakaian. malah, ada yang mendapatkan sumber air dari bawah tanah (sistem  pailing) sejak bertahun tahun lamanya. 

Beliau berkata, sumber air ini semuanya tidak selamat digunakan kerana tercemar dengan bahan kimia disebabkan ulu sungai sudah diterokai, ditanam dengan tanaman sawit dan getah. 

“Sumber air dari anak sungai juga tidak bertahan lama dan mudah kering sekiranya kemarau melebihi satu minggu. Justeru itu sebagai wakil kepada masyarakat tujuh buah kampung ini, saya terpanggil untuk tampil ke depan menyuarakan isu yang tertangguh sekian lama ini. Kami mahu pihak kerajaan mencari menkanisme terbaik bagi menyelesaikan isu yang rakyat hadapi ini” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama Gatinol kesal dan membidas kenyataan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah semasa dalam Taklimat Ringkasnya kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Mokthar Radin dan wakil Rakyat DUN N.44 Tulid Flovia Ng semasa lawatan singkat Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya berkenaan masalah bekalan air bersih melibatkan tujuh buah kampung bertempat di Kampung Bomboi baru-baru ini.

Dalam taklimat itu katanya , kononya tidak akan membayar bil air kerana akan berterusan menggunakan air graviti.

“Yakinlah dan percayalah, kami boleh membayar bil air kelak  bukannya tidak boleh membayar bil” tegasnya lagi.

Gatinol memberitahu, suara mereka ini bukan suara pembangkang kepada kerajaan tetapi sebagai suara untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang ada pada ketika ini.  

Beliau juga berharap  Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)dan  DUN N. 44 Tulid Flovia Ng agar menyokong apa yang diutarakan oleh penduduk kampung yang terlibat dalam isu ini. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN