30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 5,000 warga Labuan  hadir Rogram Semarak Aidilfitri 2025

Dr.Zaliha menyantuni Dan beramah mesra bersama masyarakat Labuan yang hadir pada program tersebut.


LABUAN: Lebih 5,000 warga Labuan yang terdiri pelbagai Lapisan masyarakat, kaum Dan agama memeriahkan Program Semarak Aidilfitri 2025 yang diadakan di dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada Jumaat.


Program anjuran bersama Perbadanan Labuan (PL) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) itu diserikan  lagi dengan kehadiran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr.Zaliha Mustafa Dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman.


Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif, Presiden Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd. Taib.


Terdahulu, Dr Zaliha ketika ditemui media berkata, kehadiran begitu ramai warga Labuan pada program itu  membuktikan rakyat Labuan bukan saja mengutamakan semangat perpaduan pelbagai kaum tetapi juga sentiasa  menyokong aktiviti kerajaan MADANI.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan wang tunai kepada 1,000 penerima asnaf, termauk anak yatim, warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka yang kurang berkemampuan.


Sumbangan yang disampaikan itu merupakan sumbangan wang zakat berjumlah RM200,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN