ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 5,000 Umat Islam sertai Sambutan Maulidur Rasul peringkat Labuan

Dif dif kehormat yang menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Labuan, pada Sabtu.

LABUAN: Lebih 5,000 Umat Islam pelbagai peringkat umur menyertai sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Padang Dataran Labuan pada Sabtu.

Majlis perasmian sambutan tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohammad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib, Komander Pangkalan Udara (TUDM) Labuan, Brigedier Jeneral Hamidi Hashim dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Kamaldin Mohd Damin.

Sebanyak 92 kontijen menyertai pertandingan sepanduk membabitkan tujuh kategori iaitu agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi/sekolah menengah, sekolah rendah, pasukan beruniform, serta kampung.

Sementara itu, pasukan UMNO Bahagian Labuan muncul johan sepanduk bagi kategori Badan Berkanun dan Pertubuhan, manakala naib johan dan tempat ketiga masing masing di menangi oleh Pesaka Labuan dan Lofsa.

Bagi kategoti agensi kerajaan johan dimenangi oleh Perbadanan Labuan, naib johan LHDN dan tempat ketiga Kemas.

JOHAN SEPANDUK….kontijen UMNO Labuan bersama sepanduk.

Kategori beruniform Johan jatuh kepada pasukan PDRM, naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh TUDM dan Bomba.

Bagi kategori Kampung dimenangi oleh kampung Kilan, naib johan dan ketiga masing masing Surau Al Mubarah dan Rancha Rancha Laut.

Sementara itu, bagi kategori perarakan, johan dimenangi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, naib johan Jabatan Kerja Raya dan ketiga Perbadanan Labuan.

Kategori Swasta dan badan bukan kerajaan dimenangi oleh Pusat Pengajian An Naba, naib johan Kelab Wanita Sejahtera dan tempat ketiga jatuh kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Labuan.

Sementara itu, Sekolah Menengah St. Anne johan perarakan kategori Sekolah Menegah/IPTA, naib johan disandang oleh Kolej Matrikulasi Labuan dan tempat ketiga Kolej Vokasional Labuan.

Pemenang bagi semua kategori menerima hadiah wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Kamaldin Mohd Damin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN