28.4 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 5,000 pengunjung hadir sambutan Natal dan Tahun Baru Pakatan Harapan

Ewon (tengah) bergambar bersama sebahagian pengunjung yang hadir


KENINGAU: Lebih 5,000 pengunjung menghadiri sambutan Tahun Baharu dan Rumah Terbuka Hari Natal yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan (PH) Pedalaman Sabah di Dewan Pasisimpungan Keningau, di sini, hari ini.

Sambutan tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PH Malaysia.

Turut sama hadir dan menyampaikan ucapan ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Pengerusi AMANAH Sabah Hashim Daris dan Nain Pengerusi PKR Sabah Raymond Ahuar yang juga merupakan Pengerusi Penganjur.

Sambutan tersebut dianjurkan oleh kepimpinan PH Pedalaman Sabah meliputi kawasan parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.

Terdahulu, Ewon mengetuai rombongan PH Sabah mengunjungi Batu Sumpah Peringatan Malaysia di Keningau sebagai simbolik penghayatan ke atas penubuhan Persekutuan Malaysia berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Empat ekor burung merpati dilepaskan sebagai simbolik demokrasi rakyat serta tanggungjawab keempat-empat parti komponen PH Sabah dalam membina masa depan rakyat yang lebih baik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN