Dr Zaliha bersama Mohd Sukuran dan Mahanum menyertai Borneo Flora Walk di Komplek Sukan Laut Antarabangsa Labuan. 2
LABUAN: Lebih 3000 warga Labuan sertai Borneo Flora Fitness Challenge sempena BFF@Labuan2025
Majlis perlepasan para peserta disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr.Zaliha Mustafa.
Hadir sama, Ketua Penvarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.
Program yang diadakan seawal jam 6.30 pagi itu melibatkan dua acara iaitu, Borneo Aerobiction Challenge dan Borneo Flora Walk sejauh 5 kilometer.
Turut diadakan pertandingan “Best Flora” bagi kategori keluarga, individu lelaki dan wanita.
Program dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan (PL) dan) Kelab Belia Kampung Layang Layangan Labuan. (KEBAL.



