33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 300 keluarga Kg.Togop Darat nikmati hasil Bombon

Antara hasil tuaian Bombon Kg.Togop Darat

RANAU: Lebih 300  keluarga penduduk Kg.Togop Darat 52 kilometer dari pekan di sini, menarik nafas lega apabila mendapat agihan lebih 2 kilogram ikan setiap keluarga hasil Bombon Sungai Kopuakan dekat kampung berkenaan baru-baru ini.

pengerusi Bombon itu, Peter Lagihad 56, memberitahu pengagihan hasil bombon tersebut, merupakan kali ke-6 dibuka sekali dalam tempuh satu tahun memberi kelegaan kepada penduduk kampungĀ  walaupun tidak banyak hasil tuaian ikan yang bersaiz besar.

Pengagihan hasil tuaian bombon.

Menurut Peter, kehadiran tiga orang kakitangan Jabatan Perikanan Daerah Ranau turut memberi semangat dan motivasi kepada penduduk yang membuktikan Bombon sebagai asas Permuafakatan, Persaudaraan dan Perpaduan (3P) sedia terjalin dikalangan  mereka.

“Pembukaan Bombon yang berlangsung selama 2 hari satu malam itu dan diadakan sekali dalam se tahun ternyata memberi manfaat ‘sama rata dan adil’ kepada semua warga kampung di sini”, jelas Peter.

Beliau berterima kasih kepada penduduk kerana sentiasa menunjukkan komitmen terbaik dalam mematuhi peraturan pewujudan Bombon di kmpung Togop Darat.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN