30.6 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 200 kenderaan berenjin diesel diperiksa dalam Ops Bersepadu.

UJIAN…sebuah kenderaan Enjin Diesel menjalani pemeriksaan  Perlepasan asap oleh pihak JAS dalam operasi tersebut.

LABUAN: Lebih 200 kenderaan berenjin diesel diperiksa dalam Operasi Bersepadu  Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangaaan (AADK) yang diadakan  di Stesen Timbang JPJ Wilayah Persekutuan Labuan.

Operasi Bersepadu yang dijalankan selama dua hari 29 dan 30 Ogos itu dilaksanakan sempena Ambang Merdeka.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wilayah Persekutuan Labuan, Zulfadzli Zakaria yang mengetuai operasi itu berkata, daripada jumlah itu sebanyak enam kenderaan telah dikompaun dan 14 lagi di keluarkan  notis arahan  kepada pemilik kenderaan kerana kenderaan mengeluarkan asap melebihi had yang ditetapkan.

“Pemilik kenderaan telah ditawarkan kompaun RM2,000 di bawah Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Perlepasan Dari Enjin Diesel) 1996.

“Pada masa yang sama kenderaan berkenaan perlu melakukan penyelengaraan kenderaan dan diminta hadir untuk ujian semula” katanya kepada media selepas mengetuai  operasi tersebut.

Beliau berkata, maksimum Perlepasan asap hitam yang dibenarkan adalah 50 peratus kegelepan, manakala kenderaan yang mengeluarkan asap hitam melebihi 70 peratus kegelepan akan diberikan notis arahan untuk penyelengaraan.

Sementara itu katanya di pihak JPJ telah mengeluarkan  27 saman  atas pelbagai kesalahan.

Selain itu pihak AADK juga turut membuat saringan membabitkan 45 individu dan daripada jumlah itu seramai tiga didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Operasi bertujuan untuk mengesan kesalahan kenderaan berkaitan perlepasan asap hitam disamping menguatkuasakan pelbagai kesalahan lalu lintas Dan mengesan Pemandu yang berada di bawah pengruhuh dadah” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN