28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

LEBIH 100 PESARA GURU BESAR SABAH 2025 TERIMA PENGHARGAAN : PGBM SABAH

Nordin(kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Ghazali

Oleh: Francis Andin

KOTA KINABALU: Kira-kira 100 pesara Guru Besar dari seluruh Daerah di negeri ini diraikan dalam satu majlis Makan Malam dan Jasa Mu dikenang, sempena Konvensyen dan Persidangan Tahunan Kali ke-3, Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah (PGBM) dekat sini.

Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepda Menteri Pedagangan dan Kos Sara Hidup Malaysia, Tuan Mohammad Ghazali Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Sementara itu berucap di majlis itu, Ghazali merakamkan penghargaan kepada semua pesara Guru Besar yang diraikan atas sumbangan bakti sepanjang berkhidmat sebagai pendidik terutama dalam bidang pengurusan pentadbiran sekolah yang cemerlang.


“ Kita yakin, sumbangan semua pemimpin sekolah yang telah dan akan bersara tentu sekali meninggal legasi kepimpinan yang mantap dan menjadi panduan kepada yang bakal menggalas tugas sebagai Guru Besar, pengorbanan semua warga pendidikan termasuk Guru Besar amat mulia dan menjadi kenangan terindah dalam kerjaya kehidupan”katanya.

Terdahulu berucap dimajlis yang sama pengarah Pendidikan Sabah, Raisin Saidin menggesa pesara guru dan Guru Besar agar terus menjaga identiti perkhidmatan yang dinikmati selama bertugas agar dan mengelakkan diri daripada gejala yang boleh menjejaskan imej pesara juga perkhidmatan yang telah ditinggalkan selepas bersara.

Sebahagian pesara Guru Besar yang diraikan pada majlis itu

Dalam pada itu, Pengerusi PGBM Sabah Nordin Mohd Taip merakamkan penghargaan kepada kerajaan, Jabatan Pendidikan yang terus komited memberikan sokongan serta dorongan kepada pihak PGBM dalam memainkan peranan membantu melonjakkan Landskap Baharu Pendidikan Jabatan Pendidikan Sabah, dengan memperkasakan pelbagai program pemantapan kepimpinan pengurusan sekolah yang cemerlang.

“ Sokongan padu daripada Kerajaan Negeri, JPN dan KPM terhadap apa juga program pemantapan pendidikan yang membabitkan murid, guru dan pemimpin sekolah antara aset kekuatan pihak PGBM untuk terus menyumbang tenaga, idea dan pemikiran dalam mencari kepelbagaian inovasi dan intervensi untuk mencapai KPI pendidikan di negeri ini khasnya juga negara”katanya.

Dalam Persidangan itu, Nordin dipilih semula sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi Ismail @ Zainal Awang Damit, Naib 1 Nasrah Nasir, Naib 2 Julius Mojikon, Setiausaha Charles Pindah, Penolong Setiausaha Mohd Hafiz Zuraimy Damsah, Bendahari Mateli Ekeh.

Manakala Biro Pendidikan , Ismail Banchir, Ekonomi Ruzaimie Ahmad, Kebajikan Supri Matjin dan Biro Rekreasi Rajuddin Mohd Ajay. Turut dipilih semula Pengerusi Tetap dan Timbalan Alimin Sarif dan Shamsudin Akil. Juru Audit Abdul Rahman Awang Besar dan Amir Hamzah Jalani.

Pada masa sama, PGBM Sabah meluluskan Usul untuk pembentukan Pasukan Petugas Khas yang dianggotai Guru Besar mengikut kepakaran masing-masing antaranya Publishiti Dr Francis Andin (PGBM Keningau), Multimedia Sani Awang Ali,(PGBM Tenom) IT Sufian Mokhtar (PGBM Tenom), Dokumentasi Kamarulzaman Othman (PGBM Ranau) Perhubungan Awam Azlan Mohd Arfan Salim.-Ends

Caption :
pix1_Nordin(kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Ghazali
pix2_Raisin (tengah)menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesara Guru Besar SK Banjar Keningau , Jinli Ramli.
pix3_Sebahagian pesara Guru Besar yang diraikan pada majlis itu

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN