ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 pemimpin RT hadir pada Majlis Imarah MADANI anjuran AKM

LABUAN: Lebih 100 pemimpin Rukun Tetangga (RT) yang mewakili 33 Kawasan Rukun Tetangga di sini hadir pada Majlis Imarah MADANI yang diadakan di Desa Tunas Hijau, pada Isnin.

Program tersebut dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir pada program itu ialah guru guru Tabika dan kakitangan JPNIN Labuan.

Penolong Pengarah Kanan, Akademi Kenegaraan Malaysia, Wilayah Persekutuan, Mohd Syahffie Haji Japril berkata, program berkenaan bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan kefahaman, selain menjalin kerjasama dan muafakat antara agensi kerajaan dan komuniti dalam menerapkan konsep Malaysia MADANI.

Sebahagian dari pemimpin RT yang hadir pada Program Imarah MADANI.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan bahawa Malaysia telahpun bersiap sedia menghadapi kemungkinan konflik di Asia Barat yang berpanjangan sekaligus dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara terutamanya melalui gangguan rantaian bekalan dan peningkatan harga minyak global.

“Justeru itu rakyat dinegara ini diingatkan supaya berbelanja secara berhemah disamping bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan kos sara hidup.

Program tersebut diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa.

Hadir sama, Pengarah JPNIN Wilayah Persekutuan Labuan, Jassica Basat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN