Simsudin (duduk tengah) bersama Mohd Hafiez fan Shariffah pada Program Diplomat Minda Kearah Keselamatan Siber Negara
LABUAN: Lebih 100 Ketua Ketua Jabatan dan Sektor Awam termasuk Instilasi Sasaran Penting dan perbankan hadir pada Program Diplomat Minda- Kearah Keselamatan Siber Negara di salah sebuah hotel di sini, pada Rabu.
Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan dengan Kerjasama Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NASCA).
Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.
Pengisian utama program ini ialah taklimat berkaitan Penguatkuasaan sesi Akta 854 Keselamatan Siber Negara yang baru saja ditubuhkan pada 26 Ogos lalu.
Taklimat yang turut menyentuh mengenai penubuhan jawatankuasa Keselamatan Siber Negara serta fungsinya seperti yang digariskan MKN dalam Dasar Keselamatan Negara (MKN) 2021-2025 telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Dasar Kerjasama Antarabangsa Agensi Keselamatan Cyber Negara (NASCA), MKN, Shariffah Rashidah Syed Othman.
Hadir sama pada program itu, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Labuan, Mohd Hafiez Daud dan Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Mohd. Himizi Halim.