31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 individu terima bantuan bakul makanan, wang tunai di Kemabong

Rahmahjan (lima dari kiri) bersama Julie (tiga dari kiri) dan AJK HAWA memotong kek sebagai tanda rasminya sambutan Natal itu.

KEMABONG: Lebih 100 orang terdiri warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal di Daerah Kecil ini masing-masing menerima bantuan bakul makanan dan wang tunai.

Bantuan ini disumbangkan oleh Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA ) Malaysia salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sempena sambutan Natal 2023 yang berlangsung di Dewan Seri Panglima Ontoros di sini.

Sambutan Natal itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenom Julie Husin mewakili Ketuanya Datuk Haji Raime Unggi.

Bantuan ini disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Penjanaan Ekonomi HAWA Malaysia, Datuk Rahmahjan Khan Sulaiman.

Rahmahjan yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom berkata, selain warga emas, orang OKU dan ibu tunrggal, turut menerima sumbangan kewangan adalah 12 gereja di kawasan Kemabong.

Katanya, sumbangan daripada NGO HAWA ini adalah untuk persiapan umat Kristian di kawasan ini menyambut Natal (Krismas) pada bulan Disember nanti.

Rahmahjan berkata, sebelum ini pun
HAWA juga melakukan aktiviti turun padang untuk menjalankan program sentuhan kasih daripada HAWA.

Terdahulu semasa berucap Rahmahjan , mengingatkan masyarakat masa kini perlu bersikap bertanggungjawab untuk tidak menjadikan media sosial sebagai platform memecahbelahkan perpaduan keharmonian kepelbagaian agama dan bangsa.

Sebaliknya berusaha untuk mempromosikan keunikkan dan kepelbagaian kebudayaan semua kaum dinegara ini sebagai langkah menaikkan nama negara dalam pelbagai sektor secara tidak langsung membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan.

Sambutan Natal itu diserikan dengan persembahan tarian rebana daripada pemuda-pemudi gereja-gereja di kawasan ini.

Selain itu cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti peralatan pertanian, barangan elektrik dan sebagainya turut memeriahkan suasana majlis yang dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN